k



Sunday 14 September 2014

Short-sleeve T-shirt - RKC00035


Bust Code: 86CM
Length: 58CM 
 Fabric: Pure Cotton








Classy Black Blouse Splice Dress - Cotton


Material
:
Cotton
Size
:
Large Size
Color
:
Black
Measurement
:
Shoulder:37cm, Bust:90cm, Sleeve:57cm, Waist:86cm, Length:75cm
Weight
:
230g

















Aktiviti Merangsang Perkembangan


Kanak-kanak memang terkenal sebagai golongan yang aktif dan cergas. Ada sahaja yang ingin mereka lakukan walaupun sekadar duduk di dalam rumah. Kreativiti dalam mencipta aktiviti memang patut diberikan galakan dan rangsangan kerana ia membantu perkembangan minda mereka yang cerdas.

Galakkan anak anda untuk aktif dalam aktiviti fizikal kerana ia melibatkan pergerakan otot kecil dan besar mereka yang sedang terbina.  Kemahiran motor besar atau motor kasar terbina terlebih dahulu, maka tidak hairanlah mengapa kanak-kanak berusia 3-6 tahun suka aktiviti berlari, melompat, memanjat and berguling berbanding duduk sahaja.


Walaupun mereka sedang melakukan aktiviti seperti mewarna atau bermain alat permainan, kebanyakan kanak-kanak usia ini sukar duduk diam. Bagaimanapun ia adalah idea yang baik untuk menggabungkan kedua jenis aktiviti ini untuk merangsang minda mereka.
Berikut bebrapa cara untuk meningkatkan perkembangan fizikal kanak-kanak usia prasekolah:

  • *Beriadah sekeluarga. Selang -selikan aktiviti berjalan, berlari, berjoging dan berkawad. Buat permainan mengumpul ranting atau daun pokok ketika anda berjalan.
  • *Galakkan anak bermain kotak pasir. Penuhkan kotak dengan permainan pasir yang menggalakkan manipulasi kemahiran halus mereka.
  • *Bermain air di halaman rumah tentu menggembirakan anak-anak anda tetapi pastikan anda memantau keselamatan mereka ketika bermain air.
  • *Permainan berhalangan di ruang tamu seperti menyusun kusyen sofa, kotak kadbod, permainan atau apa sahaja yang tidak berbahaya agar anak anda boleh berlari, menyorok dan memanjat.
  • *Bermain meniru gaya haiwan kerana ia salah satu daripada kegemaran anak kecil. Anda boleh menyuruh anak meniru gaya ayam berjalan, terbang seperti kapal terbang  dan sebagainya.
  • *Bermain bola kerana permainan melibatkan menendang, membaling dan menangkap adalah latihan yang bagus.
  • *Pasang muzik dan menarik bersama si kecil. Bermain alat muzik juga membantu merangsang perkembangan fizikal.
  • *Aktiviti membasuh kerana bersama juga menyeronokkan anak-anak. Tiup belon dan biarkan si kecil cuba menangkapnya.
  • *Main puppet show menggunakan stoking yang direka menjadi puppet. Ia pasti merangsang kreativiti anak anda.



Langkah Elak Anak Mencarut


Komunikasi di kalangan kanak-kanak adalah satu cara untuk menyampaikan maksud hati atau mempertahankan diri dalam bentuk perkataan atau bahasa badan dan mahu difahami dan disayangi.

Pada peringkat awal, mungkin komunikasi kanak-kanak tidak dipengaruhi dengan unsur negatif seterusnya mendedahkan mereka kepada mencarut. Namun, setelah mereka meningkat usia, perkara ini sukar dibendung.

Kanak-kanak akan lebih terdedah kepada mencarut jika  mereka kerap kali mendengar perkataan, perbuatan atau gambar negatif atau mencarut. Lama-kelamaan, besar kemungkinan mereka akan membesar dengan bahasa yang tidak baik. Bagi menangani masalah ini agar tidak berleluasa,  anda boleh mengambil kira beberapa langkah di bawah:

IBU BAPA CONTOH TERBAIK 

 Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik kepada anak-anak dalam mendidik mereka berkomunikasi. Sebagai ibu bapa,  gunakan bahasa yang baik dalam berkomunikasi. Elakkan diri daripada menggunakan perkataan yang kasar seperti ‘bodoh’. Teori ‘social learning’ atau ‘modelling’ ada mengatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui pemerhatian.

PANTAU RANCANGAN TV 

 Cuba peruntukkan sedikit waktu bersama anak-anak. Anda dapat memantau rancangan televisyen(tv) yang mereka tonton. Perhatikan kata-kata (dialog) yang digunakan oleh watak dalam rancangan tersebut. Kadang kala penggunaan perkataan yang tidak sesuai sangat jelas dan kerap kali digunakan dalam setiap rancangan kartun sama ada alih bahasa atau rancangan kartun terbitan tempatan seperti perkataan ‘tak guna’. Sebagai orang yang lebih dewasa, cuba anda terangkan bahawa perkataan itu tidak sesuai digunakan dalam percakapan harian. Cuba jelaskan secara terperinci berserta contoh agar mereka memahaminya.

PIHAK BERWAJIB MAINKAN PERANAN 

 Oleh kerana terlalu banyak rancangan kartun dialih suara dan kerap kali menggunakan perkataan yang tidak manis di sebut anak-anak, oleh itu pihak berwajib harus tampil ke hadapan untuk membendung masalah ini. Sekatan atau tapisan harus dibuat agar perkara ini tidak berleluasa seterusnya menyebabkan kanak-kanak terpengaruh dengan perkara-perkara tidak elok.

TERAPKAN NILAI KEAGAMAAN DALAM PERTUTURAN 

 Kanak-kanak yang baru dilahirkan itu adalah fitrah, ibu bapalah yang mencorakkan. Jadi mulakanlah setiap hari dengan perkataan yang baik-baik. Dalam Islam sendiri, segala perbuatan  yang dilakukan perlu dimulakan dengan ucapan ‘bismillah’. Anak-anak akan belajar dan mengikut perbuatan ibu bapanya. Sekiranya, ibu bapanya mencarut maka anak juga akan mencarut.

KAWAL PERGAULAN KANAK-KANAK 

 Paling penting yang harus ibu bapa lakukan adalah mengawal pergaulan anak-anak. Setiap saat, anda harus pastikan anak-anak anda bersama dengan siapa, apa yang dibuat dan kata-kata yang dia gunakan. Jika dibiarkan tanpa pemantauan, anak-anak akan rasa bebas, seterusnya membuat apa sahaja yang mereka mahukan. Kalau ibu bapa lambat menyedari  akan pengaruh yang tidak baik ini kepada anak-anak mereka sedangkan anak-anak mereka sudah terbiasa dengan keadaan itu, maka ini akan menyebabkan anak memberontak dan berfikir ibu bapanya tidak menyayangi mereka lagi. Jadi, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Kenali Lelaki Guna Tarikh Lahir


Meski tidak tepat sepenuhnya, namun lelaki juga boleh dikenali sifatnya menerusi tarikh lahir mereka. Nah, ini kesempatan terbaik buat wanita untuk mengenali pasangan mereka.

Dari 1hb hingga 31hb lelaki penuh dengan karakter tersendiri. Jom semak sama ada ia kena dengan karakter pasangan anda atau pun tidak.

1hb - Lelaki jenis ini berjiwa seni dan gemar bersantai sambil memenangkan fikiran.  Bersantai di pantai sambil memetik gitar sangat kena dengan jiwa lelaki jenis ini.

2hb - Lelaki yang lahir pada tarikh ini berjiwa romantik. Meski pada peringkat permulaan, dia kelihatan malu-malu kerana takut dikecewakan, namun apabila sudah jatuh cinta, sikapnya berubah menjadi lelaki yang romantik dan penyayang.

3hb - Sikap si dia sukar diramalkan. Maka wanita harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Hobinya yang gemar melancong atau berkhemah akan membuatkan lelaki ini kekurangan masa  untuk bersama teman wanitanya. Namun, tidak salah sekiranya teman wanitanya berkongsi minat yang sama.

4hb - Lelaki yang lahir pada tarikh ini mempunyai sikap kurang yakin dan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Jadi, teman wanitanya perlu sentiasa memberi sokongan dan galakan kepadanya. Kata-kata semangat akan menyebabkan lelaki ini bertambah yakin untuk melakukan sesuatu perkara dengan sempurna.

5hb - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun suka pada seseorang, dia sangat sukar berterus terang. Lelaki yang lahir pada tarikh ini mengharapkan wanita yang memulakan dahulu. Tiada istilah perigi mencari timba kerana mereka ini tidak pandai untuk memulakan sesebuah perhubungan.

6hb - Sikap lelaki ini umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa yang bermasalah. Walaupun si dia mengenali anda tetapi tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dia menyukai anda. Lelaki jenis ini suka berkawan dahulu sebelum menjalinkan hubungan serius.

7hb - Sifat lelaki yang lahir pada tarikh ini adalah cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya dilafazkan sehingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan disebabkan sikapnya itu. Jadi, berhati-hatilah.

8hb - Lelaki ini agak pendiam dan menyukarkan anda mendekatinya. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya. Baginya buang masa saja kalau berbicara soal yang tidak berfaedah.

9hb - Seorang yang pandai mengambil hati dan penyayang sehingga menjadi buruan ramai gadis.

10hb - Seorang yang jujur, berterus terang dan akan berusaha mendapatkan apa yang diingininya. Si dia mudah disenangi orang sekelilingnya. Suka jika ada orang yang mengambil berat dan sering bertanya khabar tentang dirinya.

11hb - Lelaki ini mementingkan kerjaya ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial. Si dia perlu diajak menghadiri majlis sosial. Tidak salah memberi nasihat kepadanya supaya tidak terlalu memikirkan kerja kerana dia juga perlukan rehat. Bekerja sampai mati pun tidak akan habis.

12hb -Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh temah, Bagi mereka yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.

13hb- Tegas dalam membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya seseorang ini cepat merasa bosan. Namun yang pasti jauh di sudut hati, mereka ini memang jenis yang penyayang walaupun bukan dibuktikan dengan kata-kata dan menggemari wanita yang pandai berdikari.

14hb - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Ada ciri-ciri bapa mithali. Si dia juga mementingkan keluarganya.

15hb -Lelaki ini suka memendam rasa. Mungkin di wajahnya mengukirkan senyuman namun di hati siapa tahu? Menyukai wanita yang mempunyai sikap manja semula jadi namun mudah terasa.

16hb - Bersikap garang namun kadangkala romantik dan penyayang juga. Jenis ini sangat sukar untuk didekati. Gemar wanita yang bersikap lemah lembut.

17hb - Lelaki lahir pada tarikh ini seorang yang lembut. Lembut. Sekali pandang mungkin anda menggambarkan si dia jenis yang lembut. Namun sebenarnya mereka juga seorang yang tegas dalam membentuk keharmonian sebuah perhubungan.

18hb -Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini.

19hb -Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia akan suka sekiranya dilayan seperti bayi.

20hb -Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi yang mencemaskan, riak wajahnya akan tetap tenang tapi tidak hatinya.

21hb - Sering bersikap ‘moody’ tapi masih boleh dikawal. Tapi si dia gemar bersantai di kafe-kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.

22hb - Agak emosional dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu seorang gadis.

23hb - Seorang yang agak ego, moody dan mementingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawan-kawannya.

24hb- Seorang yang takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya. Sangat setia orangnya.

25hb- Seorang yang periang dan gemar berbuat lawak.

26hb -Si dia adalah seorang yang mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika si dia mempunyai koleksi kekasih. Si dia senang ditawan tetapi banyak rintangan yang terpaksa dihadapi. Si dia meminati gadis yang berkarakter dan tahan lasak.

27hb - Walaupun nampak brutal tapi sebenarnya berjiwa sentimental. Tidak suka ditipu dan sangat menepati janji.

28hb - Si dia suka memerintah. Suka jika teman wanita mengikut telunjuknya. Jika wanita berdepan lelaki seperti ini, cuba kawal sikap dirinya itu.

29hb - Seorang yang gemar bertukar-tukar pasangan. Boleh dikatakan seorang playboy namun boleh jadi seorang yang setia jika hatinya benar-benar sudah tertawan dengan seorang gadis.

30hb -Seorang yang boros berbelanja terutamanya ‘memekapkan’ kereta kesayangannya itu. Perlukan seseorang yang boleh mengawal kewangannya.

31hb - Gemar bergaya dan mementingkan penampilan. Si dia juga menyukai gadis yang berpersonaliti.



Fobia Ke Tandas


Soalan:
Anak  saya berusia tiga tahun lima bulan. Dia sangat aktif, bijak dan berbadan besar. Saya mengajarnya untuk tidak memakai lampin pada waktu siang dan pergi ke bilik air sekiranya hendak membuang air kecil.
Masalahnya anak akan menyuruh saya memakaikannya lampin sekiranya dia hendak membuang air besar. Sudah puas diajar dan dipujuk untuk ke tandas jika hendak membuang air besar tetap dia tetap enggan.
Sekiranya kami tidak memakaikan lampin kerana ingin mengajarnya ke tandas, dia rela tidak membuang air besar dan menunggu sehingga malam kerana dia tahu pada waktu malam dia akan dipakaikan lampin sebelum tidur. Apakah yang harus saya lakukan supaya dia tidak fobia ke tanda dan adakah ia terlalu awal untuk memahami?

Jawapan:
Mungkin ada ‘sejarah’ atau pengalaman tidak menyenangkan, menyakitkan atau menakutkan yang dialami oleh anak. Mungkin juga anak anda fobia duduk atau mencangkung di atas mengkuk tandas kerana khuatir akan terjatuh ke dalam lubang tandas.
Anak-anak kecil berasa gerun dan berasakan lubang itu terlalu besar untuknya. Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana ia akan menjadi satu tabiat. Tentunya agak sukar untuk membentuknya semula sekiranya dibiarkan sehingga suatu tahap anak akan berasa malu dan mahu berubah.
Mungkin anda berdua boleh menemankannya membuang air di dalam tandas sehingga selesai. Berilah tunjuk ajar bagaimana cara betul mencuci punggung atau pam tandas yang telah digunakan. Jangan mengharapkan anak untuk mencangkung sendirian di dalam tandas.
Temankan sehingga dia benar-benar berani berada di dalam tandas berseorangan. Terangkan kepadanya secara berhikmah tentang kemestian membuang air di dalam tandas dan keburukan membuang air di dalam lampin.
Kaitkan dengan isu kebersihan, kuman, kecantikan, kedewasaan (supaya dia berasa malu) dam sebagainya. In shaa Allah ia boleh membantu.

Friday 12 September 2014

AYAM SAMBAL

 

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
1/2 ekor ayam saiz sederhana, kerat ikut suka, cuci bersih dan toskan*
1 inci halia*
3 ulas bawang putih, tumbuk halus*(*disatukan dan perap 30 minit)
2 1/2 senduk makan cili kisar
2 batang serai, dititik
3/4 camca besar pes asam jawa (mat guna Adabi)
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
Garam dan gula secukup rasa
2 cawan air

BAHAN-BAHAN DIKISAR
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
4 biji buah keras, hiris
1 inci belacan

CARA-CARA MEMBUATNYA:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing dan pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
Masukkan ayam yang telah diperap tadi, gaul rata dan biar ayam kecut. Tuang air, dan masak hingga pekat. Tambah pes asam jawa, sedikit garam dan gula. Kacau rata dan masak hingga sambal kering sedikit.
Tambah bawang besar dan rasa, jika kurang masin, tambah garam lagi. Masak sekejap, dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti atau apa2 saja yang anda rasa sesuai..



SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

 

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
2 cwn ikan bilis - digoreng  

RM 1.00 lada kering - direndam hingga kembang basuh dan toskan
15 ulas bwg merah
6 ulas bwg putih
belacan sebesar duit 50 sen
semua bahan di atas diblend kecuali ikan bilis
1/2 cwn air asam (1sudu makan asam yg tak de biji )
1 sudu teh garam
secubit pak aji
5 sudu makan gula
1/2 cawan minyak masak


CARA-CARA MEMBUATNYA:
Tumiskan bahan yg di blend hingga garing dan naik bau 

Tumis biar lama sikit supaya hilang rasa lada tu.

Masukkan air asam , gula , garam dan pak aji secukup rasa..... biarkan merenih...

Bila dah masak tutup api. Tunggu sejuk baru masukkan ikan bilis. Ini supaya ikan bilis masik garing bila dimakan.


RENDANG DAGING LADA HITAM

 

Resepi ini boleh ditukarkan dari ayam kepada daging

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
1 kg daging batang pinang, potong kecil
1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
3 helai daun kunyit
3 helai daun limau perut ~ ita tambah
3 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa
1/2 buku gula melaka ~ ita tambah
1 kiub daging

BAHAN DIKISAR:
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih ~ ita tambah
2 inc halia
 3 batang serai
1 inc lengkuas
1/2 cawan lada hitam ~ ita kurangkan
10 tangkai cili kering ~ potong dan rendam hingga lembut / rebus
1/4 cawan rempah biji

CARA-CARA MEMBUATNYA:
Ita tumis dahulu bahan kisar hingga harum
Kemudian masukkan daging, tambah  santan cair dan biarkan daging empuk
Bila daging dah empuk masukkan daun kunyit, daun limau perut dan gula melaka
Tambahkan santan pekat dan kiub daging
Perasakan dengan garam dan gula
Biarkan hingga kuah pekat dan kering
Sedia di hidangkan.

DAGING NASI KANDAR

 

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
1 sudu besar minyak sapi
6 sudu besar minyak masak
4 tangkai daun kari
8 ulas bawang besar di kupas dan hiris nipis
4 ulas bawang putih  dikupas dan hiris nipis
4 cm halia dihiris nipis
8 inc kulit kayu manis
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar pes cili kering
5 tangkai cili merah di kisar
5 biji tomato sedehana besar di potong baji
1 kg daging lembu di potong keping-keping, rebus
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
1 kiub pati daging
6 sudu besar kicap pekat
200 ml pati santan daripada 1 biji kelapa, guna santan kotak pun boleh
250 ml air
4 tangkai daun pudina

CARA-CARA MEMBUATNYA:
Pijarkan minyak di dalam kuali atau periuk
Tumis daun kari, bawang besar, bawang putih, halia, dan kulit kayu manis hingga kekuningan
Kecilkan api dan masukkan rempah kari, pes cilikering, pes cili merah dan tomato, kacau sehingga sebati
Masukkan daging, gula, garam, pati daging, kicap pekat, santan dan air
Kacau rata
Renihkan sebentar sehingga daging empuk
Tambahkan daun pudina dan gaul mesra hingga kuah pekat sedikit
Sedia di hidangkan