k



Friday, 12 September 2014

DAGING MASAK HITAM

 

Bahan-Bahan Diperlukan:
100 ml minyak masak
3 labu bawang besar ~ dikupas dan di hiris
500 gm daging batang pinang ~ di potong dadu atau ikut citarasa
* jika tak ada daging batang pinang guna daging biasa pun boleh. Tapi daging perlu di rebus terlebih dahulu hingga empuk.
* jika tak nak guna daging boleh juga guna ayam, kambing, itik atau lain2 yang dirasakan sesuai
2 batang cili merah ~ di belah 2
2 batang cili hijau ~ di belah 2
* jika suka pedas boleh letak cili padi

Bahan Kisar Halus
2 tangkai daun kari
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sudu besar pes cili kering * Boleh juga ambil 10 - 15 tangkai cili kering, potong, rendam lembut dan kisar sekali dalam bahan kisar
2 sudu besar rempah kari daging
8 cm kulit kayu manis * yang ni ketuk sikit kalau tak nanti blender rosak

Sos
4 sudu besar kicap pekat 
* yang ni kalau tak ada kicap pekat boleh campurkan kicap manis dan kicap masin, tapi lebihkan kicap manis berbanding kicap masin. Lepas tu kena hati-hati di dalam penggunaan gula dan garam. Jika rasanya dah ok tak payah letak gula dan garam lagi
125 ml pati santan ~ di perah daripada 1/2 biji kelapa parut * kalau nak guna santan kotak pun boleh 
1 sudu teh asam jawa ~ diramas dalam 50 ml air , ambil air asamnya sahaja
Gula dan garam secukup rasa
1 kiub daging

Cara Penyediannya
Pijarkan minyak dalam kuali
Goreng hirisan bawang besar hingga garing dan kuning keemasan. 
Angkat, toskan minyaknya dan ketepikan
Dengan lebihan minyak yang sama, tumiskan bahan-bahan yang di kisar halus tadi, sehingga harum 
Masukkan daging dan balik-balikkan atas api sederhana hingga daging empuk
Tambahkan bahan-bahan sos dan kiub daging
Kacau rata sehingga kuahnya pekat
Perasakan dengan garam dan gula
Masukkan cili merah , hijau dan bawang besar goreng tadi
Kacau hingga cili layur
Sedia di hidangkan
Apa lagi.. jom kita makan!


LEARING

TOURISM

PRODUCT

DECORATION

FESYEN


FAMILY

RESEPI

Thursday, 22 December 2011

Polisi Gemuk Sering Mengalami Gangguan Tidur





Di Amerika Syarikat dan Kanada didapati bahawa 40 peratus pegawai polis mempunyai gejala gangguan tidur, termasuk sleep apnea dan insomnia.Sleep apnea adalah gangguan tidur berupa kesulitan bernafas berulang kali ketika sedang tidur. 
Pegawai yang diketahui positif mengalami gangguan juga lebih cenderung keletihan, mengalami kemurungan atau gangguan kecemasan. Dan selama dua tahun berikutnya, pegawai ini melakukan lebih banyak kesalahan pentadbiran, pelanggaran keselamatan dan lebih terdedah tertidur di dalam kereta.
 "Secara umum kita mempunyai sikap budaya bahawa tidur itu untuk si lemah. Ketika berada dalam sebuah persekitaran di mana tanda-tanda kelemahan dianggap akan mengecilkan hati, ada tekanan sosial agar tidak mengatasi gangguan tidur atau mengabaikannya, "kata Dr Michael Grandner dari Center for Sleep and Circadian neurobiology di University of Pennsylvania di Philadelphia, seperti dilansir Reuters, Rabu (21/12/2011) 
Dalam kajian yang dimuatkan Journal dari American Medical Association ini, terdapat hampir 5,000 orang pegawai polis yang disurvei mengenai gangguan tidur dan topik kesihatan yang lain. 
Para petugas ini berasal dari Philadelphia dan polis negeri Massachusetts dan polis AS dan Kanada lain. Para petugas itu rata-rata berusia 38-39 tahun dan sebahagian besar telah berada di polis selama lebih dari sepuluh tahun. 
Dr Charles Czeisler dari Brigham and Women 's Hospital di Boston dan rakannya mendapati bahawa 40 peratus pegawai yang diperiksa positif memiliki sekurang-kurangnya satu gangguan tidur. Yang paling biasa dialami adalah apnea tidur yang mempengaruhi pertiga daripada polis yang diperiksa, diikuti oleh insomnia dalam taraf sedang atau berat, dan gangguan kerja yang terdiri dari mengantuk dan insomnia kerana bekerja di malam hari. 
Pegawai yang mempunyai gangguan tidur lebih dari dua kali lebih mungkin mengalami kemurungan, keletihan emosi, dan mengalami gangguan kecemasan berbanding pegawai yang mempunyai jam tidur yang sihat. 
Pada kuesioner tindak lanjut dua tahun berikutnya, pegawai yang kurang tidur itu juga 40-60 peratus lebih mungkin membuat kesalahan pentadbiran yang serius, tertidur semasa memandu, melakukan kesalahan kerana keletihan, atau mengancam keselamatan semasa bekerja. Petugas yang kurang tidur lebih banyak melaporkan aduan warga dan lebih sering menunjukkan kemarahan yang tak terkawal terhadap suspek atau warga negara. 
Penyelidik mencatatkan bahawa kelebihan berat badan mampu meningkatkan risiko sleep apnea. Hampir 80 peratus daripada pegawai yang disurvei adalah pegawai yang kelebihan berat badan atau obesiti. 
"Orang-orang yang kurang tidur mempunyai kekurangan dalam keupayaan untuk membuat keputusan yang baik, bertindak balas secara berkesan, menggerakkan kenderaan, dan hampir semua hal terganggu," kata Bryan Vila , profesor kehakiman jenayah yang mempelajari tidur dan prestasi polis di Washington State University tetapi tidak terlibat dalam kajian ini. 
Para penyelidik mengatakan jabatan polis boleh berbuat lebih banyak untuk memastikan bahawa pegawai yang mempunyai gangguan tidur mendapat rawatan yang tepat seperti alat bantu tidur, terapi atau perubahan dalam jadual kerja. 
Sleep apnea boleh diubati dengan alat bantu tidur dan topeng yang digunakan pada malam hari. Terapi perilaku seringkali merupakan langkah rawatan pertama untuk pesakit insomnia. Untuk polis dengan gangguan shift kerja, pemotongan jam lebih masa akan dapat membantu.

Sunday, 18 December 2011

Khasiat Daun Pegaga


Penerangan Daun Pegaga
Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu.Tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab ini pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. Nama lainnya ialah tapak kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kola.ia dikatakan berasal dari india tetapi begitu mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN.Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak.Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur.Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.

Kegunaan 
Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid.Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu.Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan untuk dibarat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.Diindai bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari.Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Antara khasiat pegaga adalah: 
  • menyegarkan badan
  • merawat pitam
  • mengurangkan berat badan
  • awet muda
  • rawatan lepas bersalin

Khasiat Daun Pegaga
Sesiapa yang asal dari kampung atau memang suka makan ulam tentu kenal daun pegaga. Hmm.. daun pegaga nie sebenarnya ada seribu satu khasiat. Kalau korang nak tahu ulam pegaga, selain daripada rasanya yang sedap (bagi che petualah), ia juga diamalkan oleh orang-orang tua dulu kerana dikatakan boleh mengubati pelbagai penyakit seperti kencing manis, mengecutkan peranakan, ubati gatal pada bahagian vagina, hilangkan bintik-bintik hitam di muka dan juga ubat untuk darah tinggi. Bahkan daun pegaga juga bermanfaat untuk kecantikan wajah.Ini antara beberapa khasiat daun pegaga.

Hilangkan Bintik Hitam di Muka
Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kendian dicampurkan dengan bedak sejuk sangat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.
M.Onya.. ambil sepuluh helai daun pegaga dan cuci dengan air garam. Lepas tu tumbuk hingga halus dan campurkan dengan air garam dan bedak sejuk yang ditambah ngan sedikit air suam.
Tempekkan campuran tu pada muka pada sebelah malam dan bersihkan pada keesokan hari. Amalkan petua nie setiap malam sampai bintik-bintik hitam kat muka tu hilang.

Serikan Wajah Dengan Daun Pegaga
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya. Rebus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusa tu. Lepas tu tapis rebusan tu dan biarkan ia sejuk. Minumlah air rebusan tu sekali sehari selepas makan malam. Amalkan tiga kali dalam seminggu dan korang akan dapati wajah korang akan kelihatan lebih berseri. InsyaAllah…

Petua Kecutkan Peranakan
Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah amalkan makan pucuk pegaga yang dibuat ulam atau dijadikan ramuan dalam gulai. Amalan ini dikatakan akan membantu mengecutkan peranakan wanita.