k



Wednesday 14 December 2011

Petua Cara Kempiskan Perut (Menarik!)

Penampilan Seseorang Wanita Akan Kelihatan Menawan Jika Mempunyai Perut Yang Cantik. Namun, Masalah Perut Buncit Seringkali Menjadi Satu Isu Hangat Kepada Sesiapa Yang Mengalaminya. Ketahui Apakah Petua Mengempiskan Perut!

Penampilan seseorang wanita akan kelihatan menawan jika mempunyai perut yang cantik. Namun, masalah perut buncit seringkali menjadi satu isu hangat kepada sesiapa yang mengalaminya. Kadangkala boleh memberikan kesan kepada emosi seseorang. Lazimnya sesorang yang mengalami perkara ini tidak mengetahui sebab-sebab kenapa hal ini terjadi. Namun kebanyakan mereka tidak menyedari bahawa cara pemakanan merupakan faktor utama terjadinya hal yang demikian.
Bagi seorang wanita, perut yang agak berisi atau dengan kata lain, buncit adalah perkara yang amat memalukan. Namun ia tidak menjadi satu masalah yang besar kepada lelaki. Hari ini WanitaSihat ingin berkongsi petua-petua yang mudah untuk mengempiskan perut tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi.

Petua Mengempiskan Perut
  • Elakkan minum air semasa makan makanan berat seperti nasi, mee dan lain-lain. Sebaiknya minum air paling kurang 30 minit selepas habis makan.
  • Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
  • Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan garam. Kemudian embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.
  • Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
Kebanyakkan wanita mengalami masalah perut buncit selepas melahirkan anak. Terdapat beberapa cara untuk menangani masalah ini:
  • Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.Kemudian sapukan ramuan ini pada perut dan diikat dengan bengkung. Lakukan setiap hari semasa dalam pantang sehingga menampakkan perubahan.
Anda mempunyai masalah kulit perut berkedut tak? Kalau ya, anda boleh cuba petua ini;
  • Campurkan 1 sudu kecil jus limau nipis, 1 sudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul sehingga sebati dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa 2 minggu.
Melayukini.net - Bagi anda yang inginkan perut yang cantik, penjagaan makanan adalah mustahak untuk memiliki bahagian perut yang cantik. Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment