k



Friday 16 December 2011

Bahaya Penyakit Denggi

Apa Itu Denggi?
Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui lebih mendalam tentang penyakit ini. Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini. Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes.


Penyakit ini biasanya berlangsung selama sepuluh hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar.

Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis ´serotype´ virus yang telah dikenalpasti iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4. Semua jenis ´serotype´ ini boleh merangsang pembentukan antibodi yang berbeza-beza.

Namun begitu, kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit.
Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak dua hingga empat miligram darah iaitu 1.5 kali berat badannya.

Jenis Nyamuk
Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu:
1. Aedes aegypti.
Ciri-ciri nyamuk ini ialah tanda putih-perak bentuk kecapi di kepala. Nyamuk aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.
2. Aedes albopictus.
Ciri-ciri nyamuk ini pula ialah terdapat garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan. Nyamuk albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan tempat air bertakung. Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.

Cara Jangkitan:
Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama lapan hingga sepuluh hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya.


Apabila nyamuk aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada terdapat dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.
Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil ´penularan mekanikal´.
Selain itu, jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari di mana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya. Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen penyakit.

Tempat Pembiakan
Nyamuk aedes membiak di dalam takungan air jernih sama ada di dalam dan luar rumah tetapi tidak boleh membiak di dalam air yang kotor. Bahagian dalam rumah ia dapat membiak di piring alas pasu bunga, tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi dan perangkap semut. Manakala di luar rumah seperti di dalam tayar buruk, saluran air hujan, tin-tin kosong, kawasan pembinaan, cawan getah, lubang pokok, tungguk buluh, ketiak daun seperti, daun pandan dan nanas.
Tempat pembiakan

Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu: 
i) Demam denggi klasikal.
Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan ´demam patah tulang´ atau ´breakbone fever´.
ii) Demam denggi berdarah
Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai ´demam berdarah Filipina´.
Tanda-tanda atau gejala:
1. Demam denggi klasikal
Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.
2. Demam denggi berdarah
Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.
Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai ´Dengue Shock Syndrome´ (DSS).
Rawatan
Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah
  • Rawatan demam denggi klasikal:
Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam(suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.
  • Rawatan demam denggi berdarah:
Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik. Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.
Oleh hal yang demikian, orang ramai perlu lebih peka terhadap kawasan sekitar tempat tinggal mereka agar nyamuk ini tidak dapat membiak dengan membersihkan kawasan rumah dan membuang segala sampah sarap yang mungkin menjadi sarang nyamuk ini melakukan proses pembiakkan malah pihak berkuasa juga perlu memastikan setiap premis bebas daripada denggi

Tentang Demam Denggi
1)Apa itu DEMAM DENGGI??
Demam Denggi adalah disebabkan oleh jangkitan virus yg dikenali Virus Denggi yg disebarkn oleh Nyamuk Aedes.Kebiasaannya pesakit denggi akan mengalami pendarahan di tempat2 sprt hidung,gusi dan kulit.Kadang2 pesakit akan menghasilkan muntah ‘coffee ground’ atau muntah hitam pekat dan najis hitam.Ini menunjukkan pendarahan di saluran GI ‘gastrointestine’ atau saluran pencernaan.Pesakit Denggi yang menunjukkan ‘warning sign’ (cth pendarahan) menandakan pesakit mengalami Dengue Haemorrhagic Fever (DHF) atau Demam Denggi Berdarah.Dan berangkalian kecil pesakit akan mengalami kejutan yg dipanggil Dengue Shock Syndrome (DSS)

2)Bila sepatutnya saya mengesyaki Denggi??
Denggi mesti disyaki apabila anda mengalami ‘sudden onset of fever’ atau demam teruk secara tiba-tiba.Demam adalah setinggi 39-40 degree celcius dan diselangi dengan sakit kepala yg teruk (terutama di dahi),sakit di belakang mata,sengal2 dan sakit2 badan,ruam,dan pening2 atau muntah.Demam boleh berlanjutan sehingga 5-7 hari dan kadang2 boleh turun pada hari ke-3 atau ke-4 dan naik semula pada hari berikutnya.Pesakit mungkin mengalami perasaan tidak selesa selepas sakit2 .Semua tanda2 ini tidak semestinya terdapat pada setiap pesakit.

3)Bagaimana Membezakan Demam Denggi dgn Demam2 yg lain??
Ciri2 Demam Denggi yg tersendiri adalah sakit pada belakang mata,sakit yg teruk pada otot2 dan sendi, dan ruam kulit. Ciri2 ini menjadikan penyakit Demam Denggi adalah yg paling disyaki.Sakit sendi yg teruk juga membuatkn Demam Denggi juga dikenali sbg BREAK-BONE FEVER.

4)Apa beza disyaki denggi(suspected) dengan kemungkinan(probable) kes denggi??
Jika pesakit disyaki denggi,pesakit akan mempunyai kekurangan platelet
Jika pesakit kemungkinan denggi,pesakit akan mempunyai kenaikan pada darah hematokrit.
Penemuan2 ini memperkuatkn diagnosis sbg kes denggi.
Namun,pesakit mungkin tidak akan mempunyai kenaikan pada darah hematokrit jika pada awalnya pesakit mengalami kurang darah (anemia).
(PS-platelet adalah sel yg membantu menghentikan pendarahan dan hematokrit menunjukkan kepekatan darah)

5)Bolehkah anda mengalami demam denggi lebih dari sekali??
Ya,kerana denggi mempunyai 4 jenis ‘strain’ virus denggi yg berbeza tapi berkait.Jika pesakit pernah mengalami demam denggi,kebarangkalian utk jangkitan ulangan boleh terjadi jika strain virus yg seterusnya terlibat.Jangkitan oleh satu strain virus tidak memberi perlindungan terhadap strain virus yg lain.Seseorang boleh mengalami demam denggi lebih dari sekali seumur hidup.

6)Bolehkah Diagnosis Denggi dipastikan                                                                                          
Terdapat ujikaji makmal yang menyediakan bukti langsung dan tidak langsung terhadap demam denggi. Ujikaji ini menyediakan bukti utk jangkitan ulangan denggi.Terdapat juga ujikaji tambahan utk mengenalpasti jenis2 jangkitan denggi.

7)Bagaimana seseorang boleh dihinggapi Demam Denggi?
Demam Denggi dijangkiti melalui gigitan Nyamuk Aedis Aegypti yg dijangkiti.Nyamuk jenis ini mempunyai garisan putih yang tersendiri di badan dan kaki yang mudah dikesan.Membiak di dalam air bersih dan berupaya terbang sekitar radius 200 meter.Nyamuk ini mendapat virus denggi selepas mengigit manusia lain yang dihinggapi virus denggi.

8)Adakah say boleh mendapat Demam Denggi dari individu lain?
Denggi tidak disebar secara langsung dari individu ke individu yang lain. Hanya boleh disebarkan melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti

9)Bilakah denggi membiak selepas dijangkiti?
Selepas masuk ke dalam badan,virus membahagikan diri di dalam gelenjar limfa.Simptom muncul apabila virus sudah membahagikan diri ke dalam jumlah yang cukup dan ianya terjadi dalam tempoh 4-6 hari selepas dijangkiti pada kebiasaannya.

10)Bolehkah individu yang dijangkiti denggi tidak kelihatan sakit?
Ya,terdapat ramai orang yang dijangkiti virus tetapi tidak menghadapi tanda dan simptom penyakit. Untuk seorang pesakit yang mengalami simptom,terdapat 4-5 orang yang tiada atau sedikit simptom yang dihadapi.

11)Bolehkah pesakit Denggi dirawat di rumah?
Kebanyakan pesakit Denggi boleh dirawat di rumah.Mereka perlu berehat,minum banyak air dan makan diet yang berkhasiat. Jika ada,ambil ORAL REHYDRATION SALT (ORS) -ubat utk diarrhea. Pengambilan air yang cukup amat penting dan menjadi tersangat penting bagi pesakit Denggi yang beransur teruk menjadi Demam Denggi Berdarah (DHF) dan Simptom Kejutan Denggi (DSS) dimana kehilangan cecair badan dan darah adalah ciri utama. Penting untuk periksa tanda2 yang bahaya dan hubungi doktor jika terdapat satu atau lebih tanda2 itu.

12)Apakah Rawatan yang sesuai?
Seperti kebanyakan penyakit viral yang lain,tiada ubat yang khusus utk demam denggi.Antibiotik tidak membantu. Paracetamol boleh diambil untuk mengurangkn demam dan sakit sendi. Ubat-ubatan lain seperti aspirin dan Brufens mesti dielakkan kerana ianya boleh menambahkan risiko berdarah.Doktor perlu berhati2 dlm prescribe ubat-ubatan.Ubat yang mengurangkan jumlah platelet juga perlu dielakkan.

13)Adakah Demam Denggi boleh menjadi bahaya?
Jangkitan boleh menjadi bahaya kerana boleh merosakkan saluran darah.Kerosakan boleh jadi dari meningkatnya keporosan saluran darah,menyebabkan kebocoran belendir badan dan plasma ke dalam badan sehingga kerosakan sepenuhnya saluran darah sehingga menyebabkan pendarahan. Simptom dan tanda demam denggi berdarah dan sindrom kejutan denggi adalah berkaitan kerosakan pada saluran darah dan ganguan turutan dalam fungsi komponen darah dalam proses pembekuan darah.

14)Bolehkah pesakit mati disebabkan denggi
Mereka yang mengidap demam denggi tiada risiko untuk meninggal,tetapi terdapat pesakit yang berkembang menjadi Demam Denggi Berdarah (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).Kes2 sprt ini boleh berlaku kematian.Dengan rawatan yang betul,pesakit2 sprt DHF dan DSS juga boleh sembuh. Rawatan yang baik pada masanya boleh menyelamatkan kebanyakan nyawa

15)Bila Pesakit Denggi perlu merujuk ke Hospital?
Selalunya perkembangan terhadap DHF dan DSS berlaku selepas 3-5 hari demam. Pada ketika ini,selalunya demam akan kebah. Ini boleh menyebabkan kita ‘terpedaya’ dan menganggap pesakit beransur sembuh. Kenyataannya,ini adalah tempoh yang paling bahaya yang memerlukan perhatian yang tinggi dari pihak penjaga/perawat. Tanda dan simptom yang perlu dicari adalah Sakit melampau di bahagian abdomen,Muntah yang berterusan, Pendarahan dari mana2 kawasan,Pendarahan dalam kulit memperlihatkan tompok kemerahan atau keunguan kecil, Hidung berdarah,Gusi berdarah,Najis hitam pekat.

Bawa pesakit ke hospital jika mengalami mana2 dua tanda yang pertama.Selalunya ianya adalah terlambat jika kita menunggu terlalu lama sehingga pendarahan telah berlaku.Denggi yang paling bahaya adalah Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Ianya dikesan dengan tanda2 sprt Kehausan melampau,Pucat,Kulit dingin (disebabkan tekanan darah rendah),tidak senang duduk dan perasaan lemah2 badan.

LU NYINDIR GUE YA...GUE TONJOK LU...
Cara Basmi Nyamuk  Aedes

No comments:

Post a Comment