k



Sunday 18 December 2011

Kesihatan Pada Warna Kuku


Pengesanan Kesihatan Pada Warna Kuku
Adakah anda sering memerhatikan keadaan kuku? Perubahan warna alami pada kuku ternyata boleh menjadi isyarat gangguan kesihatan di dalam tubuh. Untuk itu, jangan anggap remeh jika warna kuku tiba-tiba berubah tak seperti biasanya. Setiap warna 'aneh' yang muncul menunjukkan gangguan kesihatan berbeza.


Pucat
Seiring pertambahan usia, warna kuku cenderung berubah pucat. Warna kuku orang yang berusia lebih muda, biasanya kelihatan lebih terang berbanding dengan milik orang usia senja. Nah, bila usia anda masih tergolong muda, namun warna kuku kelihatan pucat dalam beberapa waktu, ini boleh menunjukkan masalah kesihatan. Mungkin anda menghadapi anemia, gejala penyakit jantung atau hati.Lakukan ujian kesihatan.

Berwarna kuning 
Menggunakan cat kuku warna merah ternyata boleh membuat warna alami kuku memudar dan berubah menjadi kekuningan. Jangan anggap remeh, boleh jadi ini petanda bahawa anda mengalami jangkitan kulat. Tapi, jangan panik!Masalah kulat di kuku umumnya boleh dirawat dengan mudah. ​​

Warna kebiruan
Ini boleh menjadi petanda adanya masalah pengambilan oksigen di dalam tubuh. Warna ini seringkali muncul akibat terpaan cuaca yang terlalu sejuk. Namun, jika warna kebiruan terus melekat di kuku, anda perlu berhati-hati. Dalam kes serius, warna ini menandakan adanya gangguan paru-paru, atau diabetes. Lakukan ujian kesihatan.

Lubang-lubang kecil
Kes ini biasanya muncul akibat luka ringan kuku.Tetapi, jika lubang tersebut menjadi terlalu banyak, mungkin anda menderita psoriasis atau arthritis. Lakukan cek kesihatan.
Retak dan rapuh
Kulit kuku pecah atau mudah retak menjadi petunjuk kuat yang berkaitan dengan penyakit tiroid. Ujian untuk penyakit tersebut dilakukan dengan cepat dan tanpa rasa sakit, jadi jangan bimbang, anda hanya perlu melakukan check-up kesihatan.

Kutikula merah
Jika kutikula berwarna merah dan bengkak, itu boleh bererti adanya beberapa gangguan dari rangkaian ikat. Tapi jangan bimbang, kerana gangguan kutikula mungkin berlaku akibat proses penghapusan cat kuku yang terlampau kasar sehingga mencetuskan kerengsaan. Cuba tukar remover cat kuku yang lebih sesuai untuk anda.

Biru-hitam atau merah-hitam
Warna demikian di garis bawah kuku adalah gejala daripada penyakit serius seperti kanser kulit atau melanoma.Anda perlu segera menemui doktor dan melakukan perundingan kesihatan.

No comments:

Post a Comment